Topik pada minggu ini adalah mengenai:
KEBURUKAN MAKANAN SEGERA
Dalam mengharungi dunia yang semakin moden,semakin banyak benda yang dicipta untuk memudahkan generasi yang hidup dalam dunia sains dan teknologi..Oleh sebab itu,banyak makanan segera dicipta untuk memudahkan generasi masa kini yang tidak mempunyai masa yang cukup untuk memasak,almaklumlah zaman sekarang semua nak kejar harta ja....sesiapa yang boleh kumpul banyak harta maka dia yang patut dihormati....
Ish-ish sedih dengan generasi sekarang,sanggup ketepikan tentang kesihatan kerana mahu mencari kekayaan..
Tidak tahukah mereka bahawa dalam Al-quran ada menyebut:
Firman Allah Swt surat Al-Baqarah ayat 172
Ertinya: Hai orang –orang yang beriman, makanlah diantara rizqi yang
baik-baik yang kami Berikan kepadamu.
dalam ayat tu kita dah boleh faham bertapa pentingnya kesihatan untuk manusia.
So,sekarang mari kita berkongsi sedikt ilmu tentang keburukan makanan segera....
Mula-mula kita kenali apa itu makanan segera,
Makanan segera sudah tidak asing lagi kepada masyarakat tempatan khususnya golongan remaja dan kanak-kanak. Saban hari media massa mengiklankan pelbagai jenis makanan segera seperti ayam goreng, kentang goreng, burger, hot dog, mi segera dan pizza. Makanan-makanan ini sangat mudah didapati, enak rasanya dan berpatutan harganya. Oleh itu, makanan segera amat popular dan berjaya mengubah selera masyarakat kita. Ini juga dikaitkan dengan pemodenan yang merangkumi keseluruhan cara hidup termasuk pemakanan dan cita rasa, serta dikatakan menepati era moden yang mementingkan masa.
Banyak berita di dada akhbar menceritakan tentang keburukan makanan segera.Kita sebagai generasi yang makin maju sepatutnya memikirkan apa yang terbaik untuk diri kita.Jangan terlalu memilih jalan mudah dalam soal makan minum. Ambillah makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk menjamin kesihatan tubuh badan yang berterusan.
Renung-renungkan dan selamat beramal....
No comments:
Post a Comment