Assalamualaikum !! Hai semua~ =)
Okey entri pada kali ini masih membincangkan mengenai teknologi makanan.Kebanyakan makanan yang kite makan sekarang
menggunakan teknologi yang canggih seiring dengan arus permodenan.Jadi kali ini saya ingin mendedahkan tentang kelebihan teknologi dalam penghasilan makanan di
pasaran.Hopefully you guys enjoys our entry okay~ ^_^
I.
Memudahkan kerja
Bile bercakap tentang teknologi semestinye memudahkan kerja muncul dalam
fikiran betul tak? Senang sahaja,cuba anda bayangkan sekiranya kilang-kilang makanan di serata dunia tidak
menggunakan mesin-mesin atau alatan yang berteknologi tinggi dalam menghasilkan
produk mereka? Tentu sukar untuk menghasilkan produk makanan yang banyak tanpa
menggunakan pertolongan mesin-mesin ini.Sekiranya mereka suruh pekerja buruh
mereka membuat semua kerja-kerja ini,semestinya pekerja-pekerja ini akan cepat berasa penat tetapi
hasil produk yang telah siap hanyalah sedikit jika dibandingkan dengan
menggunakan mesin.
II.
Menjimatkan masa
Bak kata pepatah Melayu ‘masa itu emas’,jadi pepatah ini sangat
bertepatan dengan situasi ini.Hal ini kerana permintaan yang tinggi dari
pelanggan telah mendesak syarikat-syarikat makanan ini untuk menggunakan
teknologi moden secara besar-besaran.Sebagai contoh dalam pembungkusan
makanan,ia akan lebih pantas sekiranya dilakukan oleh mesin berbanding dengan
pekerja buruh.Mesin dapat membungkus lebih dari satu produk dalam satu masa dan
hasilnya akan menjadi dua kali ganda berbanding biasa.
Rasanya setakat ini sajalah entry untuk kali
ni.Sebenarnya banyak lagi kelebihan dalam penggunaan teknologi makanan ini.Cuma
sebanyak ini saja yang saya dapat kongsikan pada kali ini.Mungkin yang lain
rakan-rakan saya akan menambah apa-apa info lagi.Harap anda semua mempelajari sesuatu yang
bermanfaat ya.
Sekiranya kite menggunakan mesin moden seperti di bawah ini,kerja akan menjadi lebih mudah dan cepat.
Cara tradisional memakan masa yang lama dalam penghasilan makanan dan menggunakan tenaga manusia yang banyak berbanding dengan mesin-mesin moden.
No comments:
Post a Comment