CAVAIR BELUGA ADALAH MAKANAN PALING MAHAL DENGAN HARGA SEHINGGA USD5000 SEKILOGRAM.KAVIAR ADALAH TELUR IKAN STURGEON BELUGA YANG BIASA DIJUMPAI DI LAUT KASPIA. IKAN BELUGA INI MENGAMBIL MASA 20 TAHUN UNTUK MATANG DAN MENGHASILKAN TELUR. TELUR BELUGA ADALAH TELUR YANG PALING BESAR YANG DIGUNAKAN SEBAGAI CAVIAR.
SAFFRON
SAFFRON BERUBAH-RUBAH HARGANYA MENGIKUT MUSIM. BIASANYA, IA DIJUAL PER PAUN DALAM USD2000. HARGA SAFFRON SANGAT TINGGI NILAINYA ADALAH KERANA IA ADALAH REMPAH YANG SANGAT SUKAR UNTUK DITEMUI. MAKANAN YANG DICAMPUR DENGAN REMPAH INI MENJADI SANGAT LAZAT DENGAN NILAI KESIHATAN YANG TINGGI.
TRUFFLE PUTIH
TRUFFLE MEMPUNYAI BENTUK YANG HAMPIR SAMA DENGAN KULAT. TRUFFLE MENGANDUNGI KHASIAT YANG SANGAT TINGGI DAN SPESIES INI JUGA SANGAT JARANG UNTUK DITEMUI. BAUNYA LEBIH KURANG DENGAN BAU WALNUT GORENG.
DAGING KOBE
KOBE MERUPAKAN SEBUAH TEMPAT DI JEPUN YANG MENGHASILAKN DAGING LEMBU YANG BERKUALITI TINGGI. LEMBU KOBE INI SENTIASA DIURUT BAGI MENDAPATKAN DAGING DAN LEMAK YANG LEMBUT. HARAG DAGING LEMBU INI DIANGGARKAN MENCECAH USD600 SEKILO.
IKAN FUGU
IKAN BUNTAL INI TERKENAL KERANA KELAZATAN DAGINGNYA. AKAN TETAPI, KITA PERLULAH BERHATI-HATI KERANA KULIT DAN ORGAN IKAN INI MENGANDUNGI RACUN. PERKARA INI AKAN MENYEBABKAN SESAK NAFAS DAN BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN.HANYA SESETENGAH RESTORAN SAHAJA YANG MAMPU UNTUK MENYEDIAKAN HIDANGAN INI DENGAN OLAHAN YANG BETUL TANPA MEMBAHAYAKAN KESELAMATAN PARA PELANGGAN.
Saturday, 26 October 2013
Kepentingan Makanan Berkhasiat
Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.
Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius. “ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”
Sumber dari berita harian Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.
1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal. Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.
2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan. Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.
3. Mampu mengawal kadar obesiti. Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.
4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.
Kesimpulannya, kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.
Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit BerbahayaPengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?
1. Kanser (Barah) Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat. Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.
2. Serangan jantung dan angin ahmar (Strok) Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.
3. Lebihan kolesterol Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.
4. Tekanan darah Tinggi Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.
5. Osteoporosis Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.
6. Spina Bifida Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.
Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)
Tips Diet Seimbang
Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.
1. Banyakkan makan makanan yang berbuah. Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.
2. Banyakkan juga memakan kekacang. Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.
3. Banyakkan minum air. Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.
4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan. Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan: Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol. Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan. Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam). Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis). Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.
5. Kurangkan gula. Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.
6. Kurangkan garam Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).
Dalam mengharungi dunia yang semakin moden,semakin banyak benda yang dicipta untuk memudahkan generasi yang hidup dalam dunia sains dan teknologi..Oleh sebab itu,banyak makanan segera dicipta untuk memudahkan generasi masa kini yang tidak mempunyai masa yang cukup untuk memasak,almaklumlah zaman sekarang semua nak kejar harta ja....sesiapa yang boleh kumpul banyak harta maka dia yang patut dihormati....
Ish-ish sedih dengan generasi sekarang,sanggup ketepikan tentang kesihatan kerana mahu mencari kekayaan..
Tidak tahukah mereka bahawa dalam Al-quran ada menyebut:
Firman Allah Swt surat Al-Baqarah ayat 172
Ertinya: Hai orang –orang yang beriman, makanlah diantara rizqi yang
baik-baik yang kami Berikan kepadamu.
dalam ayat tu kita dah boleh faham bertapa pentingnya kesihatan untuk manusia.
So,sekarang mari kita berkongsi sedikt ilmu tentang keburukan makanan segera....
Mula-mula kita kenali apa itu makanan segera,
Makanan segera sudah tidak asing lagi kepada masyarakat tempatan khususnya golongan remaja dan kanak-kanak. Saban hari media massa mengiklankan pelbagai jenis makanan segera seperti ayam goreng, kentang goreng, burger, hot dog, mi segera dan pizza.Makanan-makanan ini sangat mudah didapati, enak rasanya dan berpatutan harganya. Oleh itu, makanan segera amat popular dan berjaya mengubah selera masyarakat kita. Ini juga dikaitkan dengan pemodenan yang merangkumi keseluruhan cara hidup termasuk pemakanan dan cita rasa, serta dikatakan menepati era moden yang mementingkan masa.
Seterusnya,keburukan makanan segera ialahkurang berkualiti dan kandungan zat makanan yang tidak seimbang, makanan segera banyak membawa mudarat kerana kandungan garam dan bahan kimia di dalam serbuk perisa `monosodium glutimate’ yang membahayakankesihatan. Bahan kimia ini menyebabkan seseorang itu mudah diserang penyakit darah tinggi dan buah pinggang.Selain itu, pengambilan makanan segera yang berlebihan juga akanmengancam radang paru-paru yang bolehmembawa kepada penyakit asma yang kronik. Pada hari ini, masalah komplikasi kegemukan atau obesiti telah menjadi satu sindrom baru masyarakat kita yang dikatakan berpunca daripada pengambilan berlebihan makanan segera yang mengandungi lemak dan gula yang tinggi.
Banyak berita di dada akhbar menceritakan tentang keburukan makanan segera.Kita sebagai generasi yang makin maju sepatutnya memikirkan apa yang terbaik untuk diri kita.Jangan terlalu memilih jalan mudah dalam soal makan minum. Ambillah makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk menjamin kesihatan tubuh badan yang berterusan.
Makanan merupakan keperluan asas dalam kehidupan harian manusia.
Makanan memainkan peranan penting dalam mencorakkan tahap kesihatan seseorang.
Pelbagai faktor berkaitan makanan mejadi penentu dalam kesihatan dan keseimbangan hidup.
Antaranya ialah pemakanan yang halal, bersih dan kaya dengan nutrisi.
Penganut agama Islam sering kali menghadapi masalah berkaitan makanan halal apabila berkunjung ke luar negara. Kini, kesulitan tersebut dapat diatasi dengan kemudahan teknologi yang sentiasa dipertingkatkan mutu dan kualitinya.
Pelbagai usaha dan penyelidikan telah dijalankan oleh pihak berwajib dalam menjaga kualiti makanan halal di Malaysia seperti pihak JAKIM, MARDI dan sebagainya.
Kualiti makanan halal itu sangat penting kerana kandungan makanan halal menjamin tahap pemikiran yang lebih waras, teratur dan kreatif.
Teknologi moden yang serba canggih mampu meningkatkan penghasilan makanan halal melalui proses penyelidikan yang dilaksanakan, ditambah pula dengan idea kreatif serta bernas oleh pakar-pakar.
Janganlah kita sebagai insan minda kelas pertama menyalahgunakan teknologi yang ada demi kepentingan diri sendiri serta menyimpang jauh dari kebaikan sejagat. :)
Teknologi telah membawa penciptaan makanan halal di seluruh dunia tanpa mengira tempat dan masa..
Kepentingan teknologi terbukti melalui perluasan kawasan yang menyediakan makanan halal. :)
Okey entri pada kali ini masih membincangkan mengenai teknologi makanan.Kebanyakan makanan yang kite makan sekarang
menggunakan teknologi yang canggih seiring dengan arus permodenan.Jadi kali ini saya ingin mendedahkan tentang kelebihan teknologi dalam penghasilan makanan di
pasaran.Hopefully you guys enjoys our entry okay~ ^_^
I.Memudahkan kerja
Bile bercakap tentang teknologi semestinye memudahkan kerja muncul dalam
fikiran betul tak? Senang sahaja,cuba anda bayangkan sekiranya kilang-kilang makanan di serata dunia tidak
menggunakan mesin-mesin atau alatan yang berteknologi tinggi dalam menghasilkan
produk mereka? Tentu sukar untuk menghasilkan produk makanan yang banyak tanpa
menggunakan pertolongan mesin-mesin ini.Sekiranya mereka suruh pekerja buruh
mereka membuat semua kerja-kerja ini,semestinya pekerja-pekerja ini akan cepat berasa penat tetapi
hasil produk yang telah siap hanyalah sedikit jika dibandingkan dengan
menggunakan mesin.
II.Menjimatkan masa
Bak kata pepatah Melayu ‘masa itu emas’,jadi pepatah ini sangat
bertepatan dengan situasi ini.Hal ini kerana permintaan yang tinggi dari
pelanggan telah mendesak syarikat-syarikat makanan ini untuk menggunakan
teknologi moden secara besar-besaran.Sebagai contoh dalam pembungkusan
makanan,ia akan lebih pantas sekiranya dilakukan oleh mesin berbanding dengan
pekerja buruh.Mesin dapat membungkus lebih dari satu produk dalam satu masa dan
hasilnya akan menjadi dua kali ganda berbanding biasa.
Rasanya setakat ini sajalah entry untuk kali
ni.Sebenarnya banyak lagi kelebihan dalam penggunaan teknologi makanan ini.Cuma
sebanyak ini saja yang saya dapat kongsikan pada kali ini.Mungkin yang lain
rakan-rakan saya akan menambah apa-apa info lagi.Harap anda semua mempelajari sesuatu yang
bermanfaat ya.
Sekiranya kite menggunakan mesin moden seperti di bawah ini,kerja akan menjadi lebih mudah dan cepat.
Cara tradisional memakan masa yang lama dalam penghasilan makanan dan menggunakan tenaga manusia yang banyak berbanding dengan mesin-mesin moden.