1) The world’s biggest burgerThis vast, terrifying meat slab – weighing in at more than 13st – is officially the world’s largest burger, as certified by the Guinness Book of World Records.
2) The world’s biggest cupcakeThis 1,224lb (555kg) triple vanilla cupcake with pink frosting set a record as the largest cupcake in the world, when the sugary behemoth was unveiled in August at a classic cars event in Michigan. Michigan is clearly the go-to state for record breaking foodstuffs.
3) The world’s longest line of pizzasThis huge pizza line was made up of more than 2,200 pizzas, stretching more than 1,500 feet, to set the new record for the longest pizza line.
4) The world’s biggest cheesecake55 cooks in Mexico City spent 60 hours making this world record setting largest cheesecake – a 2-ton tribute to calorific excess, topped with strawberries.
5) The world’s biggest bread and butter puddingSeven chefs, 1,000 slices of bread, 70 apples and 56 whole eggs were involved in the creation of this mammoth 7ft by 5ft bread and butter pudding – although, on the plus side for anybody watching their weight, they did use low fat ingredients.
to enjoy more about this astonishing foods, u can watch it more by clicking the link below :)
Salah satu daripada sungutan angkasawan-angkaswan apabila terpaksa menjalani tugas jangka waktu panjang, adalah kekurangan jenis makanan yang berlainan yang mereka makan semasa dalam orbit. Soalan lazim yang kerap di timbulkan adalah:
Apakah perubahan yang berlaku kepada makanan angkasawan dalam tempoh 50 tahun yang lepas?
Apakah jenis makanan yang dimakan kini oleh angkasawan di angkasa?
Apakah kaedah yang digunakan bagi mencegah kerosakan makanan?
Jika anda duduk di angkasa selama sebulan, makanan manakah yang anda akan paling terasa ketiadaannya?
Objektif eksperimen FTS adalah untuk menambah senarai jenis dan mutu makanan yang berlainan bagi anak kapal dalam angkasa, terutama sekali untuk Stesen Angkasa Antara Bangsa (ISS). Ia akan dilaksanakan dengan mengenal pasti jenis makanan baru (makanan tradisional tipikal) dari wilayah Lazio di Itali, dan akan disajikan dalam bekas-dulang sebagai hidangan di ISS.
Tujuan FTS ini ialah untuk menunjukkan bahawa makanan, yang dihasilkan daripada produk bermutu tinggi, adalah enak dan berkhasiat dan kualitinya tidak terjejas dalam keadaan penerbangan angkasa. Dengan menyediakan lebih jenis makanan yang berkualiti dapat memberi kesan positif kepada anak kapal dari pandangan psikologi untuk beberapa sebab;
Semasa di ISS, keadaan kehidupan akan menjadi lebih menyeronokkan.
Produk-produk tradisi dari wilayah atau kawasan dari tempat asal angkasawan akan memainkan peranan sebagai tanda ingat untuk mereka.
Produk tradisi dapat menimbulkan perasaan dan emosi yang positif dari segi peribadi angkasawan.
Bagaimana ia dilakukan?
Eksperimen Dulang Makanan di Angkasa (FTS) melibatkan bekas dulang (anggaran 33 cm x 32 cm x 8 cm), mengandungi 8 beg produk makanan yang biasa dari wilayah Lazio di Itali, dan setiap dulang dibungkus secara vakum di dalam beg plastik yang diiktiraf. Eksperimen ini dilakukan sekali sahaja dan mengambil masa 30 minit dan melibatkan 2 orang Angkasawan.
Seorang daripada angkasawan tersebut akan mengambil dulang itu, buka dan keluarkan beg satu persatu. Dia akan memakan kandungan makanan dalam setiap beg, dan kemudian mengisi suatu soal selidik, yang mengandungi set soalan yang mesti dijawab oleh angkasawan selepas memakan setiap produk.
Angkasawan yang kedua pula akan mencatat eksperimen ini melalui fotografi pegun. Keputusan dari kad-ujian akan di simpan dalam kapsul Soyuz semasa dalam perjalanan pulang, dan akan melalui proses menganalisis sejurus selepas kepulangan bekas-dulang ke Bumi.
1. Mengurangkan kadar serangan strok 2. Meningkatkan kadar kesihatan jantung 3. Boleh melawan diebetis 4.Boleh melindungi kulit 5.Boleh mengelakkan batuk-batuk6. Boleh memberikan mood yang baik
7. Membantu meningkatkan pengaliran darah 8. Boleh meningkatkan kadar penglihatan 9.Boleh membuatkan kita bijak 10.Boleh mengisi perut
Keburukkan coklat
1.Mengandungi kalori dan kandungan gula yang tinggi 2. Mampu mengurangkan selera makan 3.Mengalami pening kepala (untuk orang yang mengalami migrain) 4.Berbahaya kepada binatang peliharaan(mengandungi theobromine) 5.Boleh menyebabkan sakit perut
Tuesday, 26 November 2013
KHASIAT PEMAKANAN SUNNAH
Apakah yang dikatakan dengan pemakanan sunnah??
Pemakanan sunnah ialah makanan datangnya dari sumber yang bersih, suci dan halal seperti madu, habbatus sauda, susu kambing dan kismis.
Kata orang tak kenal, maka tak cinta. Begitu juga dengan makanan. Tak cuba belum tahu apakah rahsianya...jom!
MADU...
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibina oleh manusia". Kemudian makanlah dari tiap-tiap (jenis) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir.”
(Q.S. An-Nahl : 68-69)
Memulih, menyegar dan menambahkan tenaga tubuh badan.
Memulihkan sel-sel urat besar.
Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
Merangsang tenaga batin.
Memulihkan kembali darah yang beku dan melancarkan pengaliran darah.
Membersihkan lapisan darah.
Mengimbangi kandungan lemak dan mengaktifkan jantung.
Menghilangkan rasa kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
Memulihkan batuk dan lelah.
Menghindarkan badan letih dan lesu.
Kurangkan kesakitan bila datang haid.
Baik untuk perempuan bersalin.
Membantu/menerangkan pemandangan.
Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
HABBATUS SAUDA'...
Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakannya ditulis dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.
As-am (mati) Habbatus Sauda' tidak dapat mengubati mati dan setiap kematian itu ada sebabnya. Oleh itu hendaklah difahami bahawa penyakit-penyakit yang ALLAH Ta'ala telah takdirkan untuk membawa sebab kepada kematian tidaklah dapat diubati lagi dengan Habbatus Sauda'. Dari sini kita boleh faham makna 'shifa min kulli da' illa asSam''penawar bagi segala penyakit kecuali mati'. Maka inilah adalah kebenaran atas kebenaran.
Namun begitu tidaklah bermakna ikhtiar untuk mengubati penyakit itu perlu dihentikan kerana berusaha untuk berubat itu disuruh. Jika Habbatus Sauda' itu tidak memberi kesan terhadap penyakit itu, maka besar kemungkinan ia termasuk salah satu dari penyakit yang akhirnya menjadi as-Sam, dan as-Sam itu akan datang samada lambat atau cepat.
Merawat penyakit dengan Habbatus Sauda' tidak bermakna meninggalkan kaedah-kaedah perubatan lain terutama perubatan moden. Malah dalam banyak kes, ia memperkuat dan membantu lagi kaedah-kaedah tersebut. la adalah lebih kepada 'Complementary and complimentary'
Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti :
menghasilkan kulit muka yang cerah
membantu merawat batuk dan asma
kencing manis
selsema
keguguran rambut
tekanan darah tinggi
masalah untuk tidur
sakit-sakit otot dan sendi
rasa loya dan muntah
mengurangkan kolesterol
merawat batu karang
SUSU KAMBING...
Paling hampir dengan susu ibu (minuman TERBAIK di dunia selepas susu ibu)
Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah)
Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila)
Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu
Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat
Kambing betina beranak 2 kali setahun, 1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor
Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari
Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2jam
Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:
Penyakit deman kuning
Penyakit lemah jantung
Penyakit darah tinggi
Penyakit migrane/kerap merasa pening kepala
Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang
Penyakit batuk kering atau TB
Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis
Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut
Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin
Sesuai diminum diwaktu pagi (sebelum bersarapan) dan malam (sebelum tidur). "Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air suam sahaja"
KISMIS...
Kismis atau bahasa saintifik adalah “Vitis Vinifera” manakala dikenali di dalam bahasa Arab ia disebut sebagai “Zabib” dan di dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai “Grape Seed / Raisin”.
Kismis adalah buah anggur yang mana ia dikeringkan terlebih dahulu. Penggunaan kismis (vitis vinifera) adalah berbeza di dalam pelbagai tradisi dan budaya yang berlainan. Ia boleh dimakan mentah ataupun digunakan dalam masakan atau pembuatan kek.
Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya walaupun disimpan dalam tempoh yang lama.
Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana 50% adalah fruktosa dan 50% adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidan berbanding buah prune dan aprikot. Oleh itu, kismis adalah lebih baik berbanding buah prune dan aprikot.
Kismis juga boleh digunakan sebagai sumber diet ia adalah untuk mendapatkan asid lemak dan tokoferol sebagai antioksidan. Ini membuktikan bahawa kismis mempunyai isi kandung yang sangat berfaedah untuk digunakan dalam badan kita.
Kismis adalah satu “manisan” asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini. Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6. Serta zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.
Seperti sabda Rasulullah s.a.w.,
“Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.”
“Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian.”
Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.
Teras utama dalam bidang penyelidikan ini adalah seperti berikut:
a) Sains Makanan dan Keselamatan Makanan
Penyelidikan dalam bidang sains makanan dan keselamatan makanan melibatkan pemahaman, pembangunan dan peningkatan teknologi dan pengetahuan dalam penilaian risiko komponen makanan yang mempengaruhi kualiti, keselamatan, kesihatan pengguna, serta hubungan antara kandungan makanan dan sifat-sifatnya melalui aplikasi teknologi yang sesuai untuk keselamatan makanan.
Penyelidikan yang dijalankan merangkumi bidang seperti pembangunan bahan kandungan makanan, penyelidikan herba dan produk herba, pembangunan produk nutraseutikal dan makanan berfungsi, keselamatan makanan, pembangunan kaedah analisis makanan, penilaian rasa makanan,nutrisi dan mikrobiologi makanan
b) Pemprosesan dan Pembangunan Produk
Penyelidikan dalam bidang pemprosesan makanan tertumpu kepada pembangunan produk baru dari segi foumulasi, mekanisasi dan automasi. Pembangunan produk baru adalah berasaskan kepada permintaan industri dan menekankan kepada keperluan pengguna menerusi penciptaan produk-produk atau proses-proses baru, membuat perubahan pada keluaran produk yang sedia ada ataupun meningkatkan lagi proses pembuatan. Sebagai tambahan, makanan haruslah diformulasi supaya kekal semula jadi, berkhasiat dan sihat.
Kebanyakan teknik-teknik pemprosesan makanan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan telahpun diadaptasikan dalam industri makanan seperti teknik pengeringan secara semburan dan pembekuan, teknik pengetinan dan pembekuan kriogenik. Kini, program Pemprosessan Makanan dan Pembangunan Produk bersedia untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang-bidang baru seperti nanoteknologi, reologi dan sebagainya.
c) Pembungkusan dan Pengendalian Makanan
Pembungkusan makanan merupakan salah satu rangkaian yang terlibat dalam penghasilan produk makanan. Penghasilan pembungkusan yang baik banyak dipengaruhi oleh faktor keselamatan makanan dan penerimaan dari pengguna. Beberapa tahun kebelakangan ini, pembungkusan makanan telah melalui beberapa fasa perubahan pembangunan yang signifikan. Masyarakat moden kini maklum dengan perubahan dan kesediaan dalam penggunaan teknologi pembungukusan moden. Pembungkusan teknologi moden ini menggunakan pelbagai bahan alternatif, alatan berteknologi tinggi dan operasi pintar. Oleh itu sasaran kepada penghasilan pembungkusan ini dapat menepati kehendak semasa yang memerlukan kepada keselamatan makanan, kos penyimpanan dan pengagihan yang rendah, dapat menarik perhatian dari sudut keunikan pembungkus dan grafiknya, selesa untuk diguna pakai oleh pengguna dan mesra alam. Pelbagai aktiviti dalam program pembungkusan dan pengendalian makanan antaranya adalah teknik pembungkusan, pembangunan pembungkus, ujian pembungkus, kajian jangka hayat, penglebalan dan grafik. Pengendalian makanan yang dibungkus juga merupakan antara fokus dalam program ini.
(sumber = Portal Rasmi Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia )
Saturday, 16 November 2013
Kebaikan Truffle Putih
Truffle putih adalah Lemak koko di dalam coklat putih pula bertindak sebagai pelincir yang terdapat dalam Chocolate Truffles. kebaikan-kebaikannya terdapat seperti yang di bawah:
1. Makanan lengkap dan seimbang
Serbuk koko adalah produk yang dihasilkan bersama lemak koko sebagai bahan terakhir dalam pemprosesan buah koko. Dianggarkan 100 gram serbuk koko mengandungi pelbagai zat yang diperlukan oleh tubuh manusia termasuklah 10 peratus lemak, 22.4 peratus protein, 46.7 peratus karbohidrat, 2.8 peratus theobromina dan pelbagai vitamin A,B, D dan E.
Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Dianggarkan 100 gram coklat susu menyumbang 18 peratus tenaga,11 peratus protein, 8 peratus zat besi, 47 peratus kalsium, 19 peratusriboflavin dan 11 peratus vitamin A yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Coklat juga mengandungi kalsium dan vitamin yang tinggi.
2. Benteng kerosakan gigi
Koko mengandungi tannin iaitu sejenis bahan yang bertindak sebagai benteng kerosakan gigi kerana menghalang pembiakan bakteria yang membentuk plak dan asid di dalam mulut. Lemak koko di dalam coklat putih pula bertindak sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.
3. Bukan penyebab kegemukan
Likur koko mengandungi zat yang dapat menghalang pencernaan dan penyerapan lemak yang menyebabkan kegemukan. Kegemukan terjadi apabila pengambilan tenaga daripada pemakanan melebihi tenaga yang digunakan.
4. Baik untuk jantung
Koko adalah makanan yang kaya dengan antioksida flavanoids yang dapat mengurangkan risikoadrenosklerosis serta mengurangkan kematian berpunca daripada penyakit koronari jantung. Coklat kosong atau coklat gelap mempunyai kandungan lemak dan zat besi yang tinggi. Anggaran 100 gram coklat kosong menyumbang 23 peratus zat besi yang diperlukan oleh tubuh badan manusia dalam sehari. Coklat gelap adalah lebih baik untuk jantung yang sihat berbanding dengan coklat putih kerana coklat gelap seberat 50 gram mengandungi 300 mg polifenol berbanding dengan coklat susu yang sama berat hanya mengandungi 100 mg polifenol.
5. Mengawal tekanan darah
Coklat pahit mengandungi flavanoids iaitu sejenis antioksidan yang boleh membantu mengurangkan tekanan darah serta meningkatkan metabolisme badan untuk menukar gula di dalam makanan menjadi tenaga.
Coklat mengandungi kalium (potasium) yang tinggi. Bahan ini bertindak mempergiat tindak balas biologi dan membantu memelihara tekanan osmotik dalam sel.
6. Mengawal kencing manis
Kandungan antioksidan polifenol di dalam koko membantu menghalang penyakit kencing manis. Coklat diabetik sesuai untuk penghidap penyakit diabetes. Coklat diabetik menggunakan 10 peratus pes koko, 25 peratus lemak koko serta pemanis tanpa nutrien.
7. Menghalang jerawat dan parut
Asid linoleik di dalam lemak koko dapat membantu pertumbuhan jerawat dan pembentukan parut.
8. Mengawal kerosakan sel dan tisu badan
Koko kaya dengan flavanoids, bahan antioksidan yang membantu menghalan kerosakan sel dan tisu badan yang disebabkan serangan radikal bebas. Antara kesan serangan radikal bebas adalah penyakit jantung, barah dan proses penuaan. Kajian menunjukkan amalan memakan koko dan coklat boleh mengurangkan risiko penyakit berkenaan.
9. Baik untuk kulit
Lemak koko mengandungi 34 hingga 36 peratus asid oleik yang boleh bertindak sebagai perapi, 31 hingga 35 peratus asid stearik yang berupaya melembapkan kulit dan vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan.
Wednesday, 6 November 2013
Kelebihan Bunga Saffron
Za’faran adalah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 hingga 30 cm.
Ia mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Ia juga tergolong antara bahan yang termahal di dunia yang mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi. Khasiat utama Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan. Amat baik jika dimakan bersama madu asli.
Za'faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai " King Of Spices ". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:
Maksudnya:
"Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."
KHASIAT ZA'FARAN
1. Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil
2. Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema
3. Sakit kepala atau migrane dan asma" Muntah-muntah, penyakit buah pinggang
4. Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia)
5. Demam. Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh
6. Bengkak hati atau hipatitis A dan B
7. Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut
8. Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut
9. Menambahkan tenaga zahir dan batin
10. Masalah mati pucuk, sembelit
11.Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak
12.Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
13.Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing
14.Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi
15.Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu
16.Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan
17.Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain
Tuesday, 5 November 2013
Kebaikan Makanan Cavair
Caviar adalah telur ikan sturgeon. Sturgeon adalah ikan yang sangat langka yang menurut penelitian telah ada sejak zaman dinosaurus. Sampai saat ini telah ditemukan sekitar 27 species ikan sturgeon dan 6 species diantaranya ditemukan di perairan laut Kaspia. Laut Kaspia sendiri adalah sebuah danau, dan termasuk salah satu danau terbesar di dunia, disebut laut karena danau ini mengandung garam dan permukaan laut Kaspia berada sekitar 26 km di bawah permukaan laut bebas. 90 % caviar yang dihasilkan di dunia berasal dari laut Kaspia. Pada saat musim bertelur, ikan sturgeon akan beramai-ramai bermigrasi ke hulu sungai. Dengan berat rata-rata mencapai 800 kg, sturgeon mampu mengahasilkan telur sebanyak 60-80 kg. Yang sangat mencengangkan, karena ikan ini sangat langka harga perkilonya bisa mencapai USD 5000 atau Rp.50 juta.
Awalnya caviar hanya dikonsumsi oleh para bangsawan. Tapi sejak awal abad ke 19, perairan laut Amerika berlimpah dengan sturgeon dan ini mengakibatkan caviar dengan mudah dan murah didapatkan, bahkan disajikan secara bebas di bar-bar di Amerika. Namun karena penangkapan besar-besaran, pada akhir abad ke 19 sturgeon berada di ambang kepunahan, dan sejak saat itu caviar menjadi makanan mahal yang langka. Nama caviar sendiri berasal dari Turki, khavyar. Entah bagaimana awalnya nama itu berasal, tapi sejak 250 juta tahun yang lalu, caviar telah menjadi makanan terpenting bagi orang Timur Tengah dan Eropa Timur. Tak heran, penghasil terbesar caviar dengan kualitas terbaik berasal dari Iran dan Rusia.
Caviar termahal iaitu jenis Beluga, Sterlet, Ossetra dan Sevruga. Jenis beluga mempunyai butiran telur yang besar dan berwarna abu-abu kehitaman. Jenis beluga adalah jenis caviar termahal dan berasal dari Rusia. Jenis caviar temahal berikutnya adalah sterlet, jenis ini jenis yang sangat langka, berukuran lebih kecil dibanding beluga dan berwarna keemasan. Sedangkan jenis ossetra adalah caviar dengan warna abu-abu kecoklatan. Jenis sevruga adalah caviar ‘paling murah’ dibanding tiga jenis lainnya. Sevruga juga berwarna abu-abu kehitaman seperti beluga, tapi dengan ukuran yang lebih kecil, kadang berwarna lebih hitam. Proses pembuatan telur ikan sturgeon menjadi caviar adalah dengan cara menangkap ikan sturgeon, membuka perut dan mengeluarkan telurnya, lalu telur-telur tersebut didiamkan sampai matang dalam air yang mengandung garam, setelah matang kemudian telur-telur ini diletakkan ke dalam kaleng yang sudah disterilisasi untuk menghilangkan bakteri. Sedangkan daging ikannya biasanya diolah menjadi Smoked Sturgeon.
Wednesday, 30 October 2013
5 MAKANAN TERMAHAL DI DUNIA :
BELUGA CAVIER
CAVAIR BELUGA ADALAH MAKANAN PALING MAHAL DENGAN HARGA SEHINGGA USD5000 SEKILOGRAM.KAVIAR ADALAH TELUR IKAN STURGEON BELUGA YANG BIASA DIJUMPAI DI LAUT KASPIA. IKAN BELUGA INI MENGAMBIL MASA 20 TAHUN UNTUK MATANG DAN MENGHASILKAN TELUR. TELUR BELUGA ADALAH TELUR YANG PALING BESAR YANG DIGUNAKAN SEBAGAI CAVIAR.
SAFFRON
SAFFRON BERUBAH-RUBAH HARGANYA MENGIKUT MUSIM. BIASANYA, IA DIJUAL PER PAUN DALAM USD2000. HARGA SAFFRON SANGAT TINGGI NILAINYA ADALAH KERANA IA ADALAH REMPAH YANG SANGAT SUKAR UNTUK DITEMUI. MAKANAN YANG DICAMPUR DENGAN REMPAH INI MENJADI SANGAT LAZAT DENGAN NILAI KESIHATAN YANG TINGGI.
TRUFFLE PUTIH
TRUFFLE MEMPUNYAI BENTUK YANG HAMPIR SAMA DENGAN KULAT. TRUFFLE MENGANDUNGI KHASIAT YANG SANGAT TINGGI DAN SPESIES INI JUGA SANGAT JARANG UNTUK DITEMUI. BAUNYA LEBIH KURANG DENGAN BAU WALNUT GORENG.
DAGING KOBE
KOBE MERUPAKAN SEBUAH TEMPAT DI JEPUN YANG MENGHASILAKN DAGING LEMBU YANG BERKUALITI TINGGI. LEMBU KOBE INI SENTIASA DIURUT BAGI MENDAPATKAN DAGING DAN LEMAK YANG LEMBUT. HARAG DAGING LEMBU INI DIANGGARKAN MENCECAH USD600 SEKILO.
IKAN FUGU
IKAN BUNTAL INI TERKENAL KERANA KELAZATAN DAGINGNYA. AKAN TETAPI, KITA PERLULAH BERHATI-HATI KERANA KULIT DAN ORGAN IKAN INI MENGANDUNGI RACUN. PERKARA INI AKAN MENYEBABKAN SESAK NAFAS DAN BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN.HANYA SESETENGAH RESTORAN SAHAJA YANG MAMPU UNTUK MENYEDIAKAN HIDANGAN INI DENGAN OLAHAN YANG BETUL TANPA MEMBAHAYAKAN KESELAMATAN PARA PELANGGAN.
Saturday, 26 October 2013
Kepentingan Makanan Berkhasiat
Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.
Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius. “ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”
Sumber dari berita harian Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.
1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal. Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.
2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan. Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.
3. Mampu mengawal kadar obesiti. Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.
4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.
Kesimpulannya, kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.
Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit BerbahayaPengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?
1. Kanser (Barah) Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat. Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.
2. Serangan jantung dan angin ahmar (Strok) Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.
3. Lebihan kolesterol Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.
4. Tekanan darah Tinggi Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.
5. Osteoporosis Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.
6. Spina Bifida Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.
Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)
Tips Diet Seimbang
Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.
1. Banyakkan makan makanan yang berbuah. Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.
2. Banyakkan juga memakan kekacang. Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.
3. Banyakkan minum air. Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.
4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan. Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan: Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol. Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan. Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam). Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis). Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.
5. Kurangkan gula. Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.
6. Kurangkan garam Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).
Dalam mengharungi dunia yang semakin moden,semakin banyak benda yang dicipta untuk memudahkan generasi yang hidup dalam dunia sains dan teknologi..Oleh sebab itu,banyak makanan segera dicipta untuk memudahkan generasi masa kini yang tidak mempunyai masa yang cukup untuk memasak,almaklumlah zaman sekarang semua nak kejar harta ja....sesiapa yang boleh kumpul banyak harta maka dia yang patut dihormati....
Ish-ish sedih dengan generasi sekarang,sanggup ketepikan tentang kesihatan kerana mahu mencari kekayaan..
Tidak tahukah mereka bahawa dalam Al-quran ada menyebut:
Firman Allah Swt surat Al-Baqarah ayat 172
Ertinya: Hai orang –orang yang beriman, makanlah diantara rizqi yang
baik-baik yang kami Berikan kepadamu.
dalam ayat tu kita dah boleh faham bertapa pentingnya kesihatan untuk manusia.
So,sekarang mari kita berkongsi sedikt ilmu tentang keburukan makanan segera....
Mula-mula kita kenali apa itu makanan segera,
Makanan segera sudah tidak asing lagi kepada masyarakat tempatan khususnya golongan remaja dan kanak-kanak. Saban hari media massa mengiklankan pelbagai jenis makanan segera seperti ayam goreng, kentang goreng, burger, hot dog, mi segera dan pizza.Makanan-makanan ini sangat mudah didapati, enak rasanya dan berpatutan harganya. Oleh itu, makanan segera amat popular dan berjaya mengubah selera masyarakat kita. Ini juga dikaitkan dengan pemodenan yang merangkumi keseluruhan cara hidup termasuk pemakanan dan cita rasa, serta dikatakan menepati era moden yang mementingkan masa.
Seterusnya,keburukan makanan segera ialahkurang berkualiti dan kandungan zat makanan yang tidak seimbang, makanan segera banyak membawa mudarat kerana kandungan garam dan bahan kimia di dalam serbuk perisa `monosodium glutimate’ yang membahayakankesihatan. Bahan kimia ini menyebabkan seseorang itu mudah diserang penyakit darah tinggi dan buah pinggang.Selain itu, pengambilan makanan segera yang berlebihan juga akanmengancam radang paru-paru yang bolehmembawa kepada penyakit asma yang kronik. Pada hari ini, masalah komplikasi kegemukan atau obesiti telah menjadi satu sindrom baru masyarakat kita yang dikatakan berpunca daripada pengambilan berlebihan makanan segera yang mengandungi lemak dan gula yang tinggi.
Banyak berita di dada akhbar menceritakan tentang keburukan makanan segera.Kita sebagai generasi yang makin maju sepatutnya memikirkan apa yang terbaik untuk diri kita.Jangan terlalu memilih jalan mudah dalam soal makan minum. Ambillah makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk menjamin kesihatan tubuh badan yang berterusan.
Makanan merupakan keperluan asas dalam kehidupan harian manusia.
Makanan memainkan peranan penting dalam mencorakkan tahap kesihatan seseorang.
Pelbagai faktor berkaitan makanan mejadi penentu dalam kesihatan dan keseimbangan hidup.
Antaranya ialah pemakanan yang halal, bersih dan kaya dengan nutrisi.
Penganut agama Islam sering kali menghadapi masalah berkaitan makanan halal apabila berkunjung ke luar negara. Kini, kesulitan tersebut dapat diatasi dengan kemudahan teknologi yang sentiasa dipertingkatkan mutu dan kualitinya.
Pelbagai usaha dan penyelidikan telah dijalankan oleh pihak berwajib dalam menjaga kualiti makanan halal di Malaysia seperti pihak JAKIM, MARDI dan sebagainya.
Kualiti makanan halal itu sangat penting kerana kandungan makanan halal menjamin tahap pemikiran yang lebih waras, teratur dan kreatif.
Teknologi moden yang serba canggih mampu meningkatkan penghasilan makanan halal melalui proses penyelidikan yang dilaksanakan, ditambah pula dengan idea kreatif serta bernas oleh pakar-pakar.
Janganlah kita sebagai insan minda kelas pertama menyalahgunakan teknologi yang ada demi kepentingan diri sendiri serta menyimpang jauh dari kebaikan sejagat. :)
Teknologi telah membawa penciptaan makanan halal di seluruh dunia tanpa mengira tempat dan masa..
Kepentingan teknologi terbukti melalui perluasan kawasan yang menyediakan makanan halal. :)