Wednesday, 11 December 2013

Top 5 world record breaking largest foods





Saturday, 7 December 2013

Eksperimen FTS (Food Tray in Space)               

Salah satu daripada sungutan angkasawan-angkaswan apabila terpaksa menjalani tugas jangka waktu panjang, adalah kekurangan jenis makanan yang berlainan yang mereka makan semasa dalam orbit. Soalan lazim yang kerap di timbulkan adalah:
  • Apakah perubahan yang berlaku kepada makanan angkasawan dalam tempoh 50 tahun yang lepas? 
  • Apakah jenis makanan yang dimakan kini oleh angkasawan di angkasa? 
  • Apakah kaedah yang digunakan bagi mencegah kerosakan makanan? 
  • Jika anda duduk di angkasa selama sebulan, makanan manakah yang anda akan paling terasa ketiadaannya?
Objektif eksperimen FTS adalah untuk menambah senarai jenis dan mutu makanan yang berlainan bagi anak kapal dalam angkasa, terutama sekali untuk Stesen Angkasa Antara Bangsa (ISS). Ia akan dilaksanakan dengan mengenal pasti jenis makanan baru (makanan tradisional tipikal) dari wilayah Lazio di Itali, dan akan disajikan dalam bekas-dulang sebagai hidangan di ISS.
Tujuan FTS ini ialah untuk menunjukkan bahawa makanan, yang dihasilkan daripada produk bermutu tinggi, adalah enak dan berkhasiat dan kualitinya tidak terjejas dalam keadaan penerbangan angkasa. Dengan menyediakan lebih jenis makanan yang berkualiti dapat memberi kesan positif kepada anak kapal dari pandangan psikologi untuk beberapa sebab;
  • Semasa di ISS, keadaan kehidupan akan menjadi lebih menyeronokkan.
  • Produk-produk tradisi dari wilayah atau kawasan dari tempat asal angkasawan akan memainkan peranan sebagai tanda ingat untuk mereka.
  • Produk tradisi dapat menimbulkan perasaan dan emosi yang positif dari segi peribadi angkasawan.
Bagaimana ia dilakukan?
Eksperimen Dulang Makanan di Angkasa (FTS) melibatkan bekas dulang (anggaran 33 cm x 32 cm x 8 cm), mengandungi 8 beg produk makanan yang biasa dari wilayah Lazio di Itali, dan setiap dulang dibungkus secara vakum di dalam beg plastik yang diiktiraf. Eksperimen ini dilakukan sekali sahaja dan mengambil masa 30 minit dan melibatkan 2 orang Angkasawan. 
Seorang daripada angkasawan tersebut akan mengambil dulang itu, buka dan keluarkan beg satu persatu. Dia akan memakan kandungan makanan dalam setiap beg, dan kemudian mengisi suatu soal selidik, yang mengandungi set soalan yang mesti dijawab oleh angkasawan selepas memakan setiap produk. 
Angkasawan yang kedua pula akan mencatat eksperimen ini melalui fotografi pegun. Keputusan dari kad-ujian akan di simpan dalam kapsul Soyuz semasa dalam perjalanan pulang, dan akan melalui proses menganalisis sejurus selepas kepulangan bekas-dulang ke Bumi.

Wednesday, 4 December 2013

love you chocolate

Kebaikan Coklat

1. Mengurangkan kadar serangan strok
2. Meningkatkan kadar kesihatan jantung
3. Boleh melawan diebetis
4.Boleh melindungi kulit
5.Boleh mengelakkan batuk-batuk
6. Boleh memberikan mood yang baik

7. Membantu meningkatkan pengaliran darah
8. Boleh meningkatkan kadar penglihatan
9.Boleh membuatkan kita bijak
10.Boleh mengisi perut

 Keburukkan coklat

1.Mengandungi kalori dan kandungan gula yang tinggi
2. Mampu mengurangkan selera makan
3.Mengalami pening kepala (untuk orang yang mengalami migrain)
4.Berbahaya kepada binatang peliharaan(mengandungi theobromine)
5.Boleh menyebabkan sakit perut

Tuesday, 26 November 2013

KHASIAT PEMAKANAN SUNNAH

Apakah yang dikatakan dengan pemakanan sunnah?? 

Pemakanan sunnah ialah makanan datangnya dari sumber yang bersih, suci dan halal seperti madu, habbatus sauda, susu kambing dan kismis.

Kata orang tak kenal, maka tak cinta. Begitu juga dengan makanan. Tak cuba belum tahu apakah rahsianya...jom!

MADU...
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibina oleh manusia". Kemudian makanlah dari tiap-tiap (jenis) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir.”


(Q.S. An-Nahl : 68-69)


  1. Memulih, menyegar dan menambahkan tenaga tubuh badan. 
  2. Memulihkan sel-sel urat besar. 
  3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan. 
  4. Merangsang tenaga batin.
  5. Memulihkan kembali darah yang beku dan melancarkan pengaliran darah.
  6. Membersihkan lapisan darah.
  7. Mengimbangi kandungan lemak dan mengaktifkan jantung. 
  8. Menghilangkan rasa kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
  9. Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh. 
  10. Memulihkan batuk dan lelah. 
  11. Menghindarkan badan letih dan lesu. 
  12. Kurangkan kesakitan bila datang haid. 
  13. Baik untuk perempuan bersalin. 
  14. Membantu/menerangkan pemandangan.
  15. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.

HABBATUS SAUDA'...


Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakannya ditulis dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

As-am (mati) Habbatus Sauda' tidak dapat mengubati mati dan setiap kematian itu ada sebabnya. Oleh itu hendaklah difahami bahawa penyakit-penyakit yang ALLAH Ta'ala telah takdirkan untuk membawa sebab kepada kematian tidaklah dapat diubati lagi dengan Habbatus Sauda'. Dari sini kita boleh faham makna 'shifa min kulli da' illa asSam' 'penawar bagi segala penyakit kecuali mati'. Maka inilah adalah kebenaran atas kebenaran.

Namun begitu tidaklah bermakna ikhtiar untuk mengubati penyakit itu perlu dihentikan kerana berusaha untuk berubat itu disuruh. Jika Habbatus Sauda' itu tidak memberi kesan terhadap penyakit itu, maka besar kemungkinan ia termasuk salah satu dari penyakit yang akhirnya menjadi as-Sam, dan as-Sam itu akan datang samada lambat atau cepat.

Merawat penyakit dengan Habbatus Sauda' tidak bermakna meninggalkan kaedah-kaedah perubatan lain terutama perubatan moden. Malah dalam banyak kes, ia memperkuat dan membantu lagi kaedah-kaedah tersebut. la adalah lebih kepada 'Complementary and complimentary'

Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti :
  • menghasilkan kulit muka yang cerah
  • membantu merawat batuk dan asma
  • kencing manis
  • selsema
  • keguguran rambut
  • tekanan darah tinggi
  • masalah untuk tidur
  • sakit-sakit otot dan sendi
  • rasa loya dan muntah
  • mengurangkan kolesterol
  • merawat batu karang

SUSU KAMBING...
  • Paling hampir dengan susu ibu (minuman TERBAIK di dunia selepas susu ibu)
  • Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah)
  • Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila)
  • Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu
  • Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat
  • Kambing betina beranak 2 kali setahun, 1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor
  • Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari
  • Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2jam
Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:

  1. Penyakit deman kuning
  2. Penyakit lemah jantung
  3. Penyakit darah tinggi
  4. Penyakit migrane/kerap merasa pening kepala
  5. Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang
  6. Penyakit batuk kering atau TB
  7. Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis
  8. Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut
  9. Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin
  10. Sesuai diminum diwaktu pagi (sebelum bersarapan) dan malam (sebelum tidur). "Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air suam sahaja"

KISMIS...

Kismis atau bahasa saintifik adalah “Vitis Vinifera” manakala dikenali di dalam bahasa Arab ia disebut sebagai “Zabib” dan di dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai “Grape Seed / Raisin”. 
Kismis adalah buah anggur yang mana ia dikeringkan terlebih dahulu. Penggunaan kismis (vitis vinifera) adalah berbeza di dalam pelbagai tradisi dan budaya yang berlainan. Ia boleh dimakan mentah ataupun digunakan dalam masakan atau pembuatan kek. 
Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya walaupun disimpan dalam tempoh yang lama.

Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana 50% adalah fruktosa dan 50% adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidan berbanding buah prune dan aprikot. Oleh itu, kismis adalah lebih baik berbanding buah prune dan aprikot.

Kismis juga boleh digunakan sebagai sumber diet ia adalah untuk mendapatkan asid lemak dan tokoferol sebagai antioksidan. Ini membuktikan bahawa kismis mempunyai isi kandung yang sangat berfaedah untuk digunakan dalam badan kita.

Kismis adalah satu “manisan” asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini. Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6. Serta zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.


Seperti sabda Rasulullah s.a.w.,

“Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.”

“Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian.”

  •  Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.
  • Membantu sebagai penerang hati
  • Membantu menguatkan hafalan
  • Membantu menajamkan mata dan minda
  • Membantu memulihkan keletihan saraf
  • Membantu menguatkan daya ingatan
  • Membantu mengurangkan stress
  • Membantu merawat penyakit histeria
  • Membantu merawat penyakit gementar
  • Membantu merawat penyakit anemia
  • Membantu merawat masalah sembelit
  • Membantu merawat masalah pelupa
  • Menambah fahaman serta minat belajar
  • Membantu merawat masalah anak hyperaktif

Tuesday, 19 November 2013

SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN



Skop Penyelidikan



Teras utama dalam bidang penyelidikan ini adalah seperti berikut:
a) Sains Makanan dan Keselamatan Makanan
Penyelidikan dalam bidang sains makanan dan keselamatan makanan melibatkan pemahaman, pembangunan dan peningkatan teknologi dan pengetahuan dalam penilaian risiko komponen makanan yang mempengaruhi kualiti, keselamatan, kesihatan pengguna, serta  hubungan antara kandungan makanan dan sifat-sifatnya melalui aplikasi teknologi yang sesuai untuk keselamatan makanan.    
                                                                                                                                                              
Penyelidikan yang dijalankan merangkumi bidang seperti pembangunan bahan kandungan makanan, penyelidikan herba dan produk herba, pembangunan produk nutraseutikal dan makanan berfungsi, keselamatan makanan, pembangunan kaedah analisis makanan, penilaian rasa makanan,nutrisi dan mikrobiologi makanan
b) Pemprosesan dan Pembangunan Produk
Penyelidikan dalam bidang pemprosesan makanan tertumpu kepada pembangunan produk baru dari segi foumulasi, mekanisasi dan automasi. Pembangunan produk baru adalah berasaskan kepada permintaan industri dan menekankan kepada keperluan pengguna menerusi penciptaan produk-produk atau proses-proses baru, membuat perubahan pada keluaran produk yang sedia ada ataupun  meningkatkan  lagi  proses pembuatan. Sebagai tambahan, makanan haruslah diformulasi  supaya kekal semula jadi, berkhasiat dan sihat.
Kebanyakan teknik-teknik pemprosesan makanan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan telahpun diadaptasikan dalam industri makanan seperti teknik  pengeringan secara semburan dan pembekuan, teknik pengetinan dan pembekuan kriogenik. Kini, program Pemprosessan Makanan dan Pembangunan Produk  bersedia untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang-bidang baru seperti nanoteknologi, reologi dan sebagainya.

c) Pembungkusan dan Pengendalian  Makanan
Pembungkusan makanan merupakan salah satu rangkaian yang terlibat dalam penghasilan produk makanan. Penghasilan pembungkusan yang baik banyak dipengaruhi oleh faktor keselamatan makanan dan penerimaan dari pengguna. Beberapa tahun kebelakangan ini, pembungkusan makanan telah melalui beberapa fasa perubahan pembangunan yang signifikan. Masyarakat moden kini maklum dengan perubahan dan kesediaan dalam penggunaan teknologi pembungukusan moden. Pembungkusan teknologi moden ini menggunakan pelbagai bahan alternatif, alatan berteknologi tinggi dan operasi pintar. Oleh itu sasaran kepada penghasilan pembungkusan ini dapat menepati kehendak semasa yang memerlukan kepada keselamatan makanan, kos penyimpanan dan pengagihan yang rendah, dapat menarik perhatian dari sudut keunikan pembungkus dan grafiknya, selesa untuk diguna pakai oleh pengguna dan mesra alam. Pelbagai aktiviti dalam program pembungkusan dan pengendalian makanan antaranya adalah teknik pembungkusan, pembangunan pembungkus, ujian pembungkus, kajian jangka hayat, penglebalan dan grafik. Pengendalian makanan yang dibungkus juga merupakan antara fokus dalam program ini. 


(sumber = Portal Rasmi Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia )

Saturday, 16 November 2013

Kebaikan Truffle Putih


Truffle putih adalah Lemak koko di dalam coklat putih pula bertindak sebagai pelincir yang terdapat dalam Chocolate Truffles. kebaikan-kebaikannya terdapat seperti yang di bawah:

1. Makanan lengkap dan seimbang

Serbuk koko adalah produk yang dihasilkan bersama lemak koko sebagai bahan terakhir dalam pemprosesan buah koko. Dianggarkan 100 gram serbuk koko mengandungi pelbagai zat yang diperlukan oleh tubuh manusia termasuklah 10 peratus lemak, 22.4 peratus protein, 46.7 peratus karbohidrat, 2.8 peratus theobromina dan pelbagai vitamin A,B, D dan E.

Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Dianggarkan 100 gram coklat susu menyumbang 18 peratus tenaga,11 peratus protein, 8 peratus zat besi, 47 peratus kalsium, 19 peratusriboflavin dan 11 peratus vitamin A yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Coklat juga mengandungi kalsium dan vitamin yang tinggi.


2. Benteng kerosakan gigi

Koko mengandungi tannin iaitu sejenis bahan yang bertindak sebagai benteng kerosakan gigi kerana menghalang pembiakan bakteria yang membentuk plak dan asid di dalam mulut. Lemak koko di dalam coklat putih pula bertindak sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.


3. Bukan penyebab kegemukan

Likur koko mengandungi zat yang dapat menghalang pencernaan dan penyerapan lemak yang menyebabkan kegemukan. Kegemukan terjadi apabila pengambilan tenaga daripada pemakanan melebihi tenaga yang digunakan.


4. Baik untuk jantung

Koko adalah makanan yang kaya dengan antioksida flavanoids yang dapat mengurangkan risikoadrenosklerosis serta mengurangkan kematian berpunca daripada penyakit koronari jantung. Coklat kosong atau coklat gelap mempunyai kandungan lemak dan zat besi yang tinggi. Anggaran 100 gram coklat kosong menyumbang 23 peratus zat besi yang diperlukan oleh tubuh badan manusia dalam sehari.
Coklat gelap adalah lebih baik untuk jantung yang sihat berbanding dengan coklat putih kerana coklat gelap seberat 50 gram mengandungi 300 mg polifenol berbanding dengan coklat susu yang sama berat hanya mengandungi 100 mg polifenol.


5. Mengawal tekanan darah

Coklat pahit mengandungi flavanoids iaitu sejenis antioksidan yang boleh membantu mengurangkan tekanan darah serta meningkatkan metabolisme badan untuk menukar gula di dalam makanan menjadi tenaga.


Coklat mengandungi kalium (potasium) yang tinggi. Bahan ini bertindak mempergiat tindak balas biologi dan membantu memelihara tekanan osmotik dalam sel.


6. Mengawal kencing manis

Kandungan antioksidan polifenol di dalam koko membantu menghalang penyakit kencing manis. Coklat diabetik sesuai untuk penghidap penyakit diabetes. Coklat diabetik menggunakan 10 peratus pes koko, 25 peratus lemak koko serta pemanis tanpa nutrien.


7. Menghalang jerawat dan parut

Asid linoleik di dalam lemak koko dapat membantu pertumbuhan jerawat dan pembentukan parut.


8. Mengawal kerosakan sel dan tisu badan

Koko kaya dengan flavanoids, bahan antioksidan yang membantu menghalan kerosakan sel dan tisu badan yang disebabkan serangan radikal bebas. Antara kesan serangan radikal bebas adalah penyakit jantung, barah dan proses penuaan. Kajian menunjukkan amalan memakan koko dan coklat boleh mengurangkan risiko penyakit berkenaan.

9. Baik untuk kulit

Lemak koko mengandungi 34 hingga 36 peratus asid oleik yang boleh bertindak sebagai perapi, 31 hingga 35 peratus asid stearik yang berupaya melembapkan kulit dan vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan.

Wednesday, 6 November 2013

Kelebihan Bunga Saffron

Za’faran adalah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 hingga 30 cm.

Ia mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Ia juga tergolong antara bahan yang termahal di dunia yang mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi. Khasiat utama Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan. Amat baik jika dimakan bersama madu asli.

Za'faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai " King Of Spices ". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:
Maksudnya:
"Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."

KHASIAT ZA'FARAN
1. Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil

2. Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema

3. Sakit kepala atau migrane dan asma" Muntah-muntah, penyakit buah pinggang

4. Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia)

5. Demam. Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh

6. Bengkak hati atau hipatitis A dan B

7. Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut

8. Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut

9. Menambahkan tenaga zahir dan batin

10. Masalah mati pucuk, sembelit

11.Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak

12.Awet muda dengan kulit cerah dan bersih

13.Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing

14.Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi

15.Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu

16.Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan

17.Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain